Sunday, September 26, 2010

USAHA PRIHATIN DAN TAHAN





Oleh kerana blog DUN Tahan sudah tidak lagi aktif dan membeku bagaikan sarang labah-labah maka Ahli Mesyuarat Pemungkor bersetuju dan memutuskan untuk menyambungkan semula segala yang telah putus itu dengan apacara sekalipun, sama ada menyambungnya secara simpulan atau menggantikan yang putus itu dengan tali lain atau rotan seni atau rotan relang ataupun buat sementara menggunakan akar serta ulan.

Nampaknya usaha untuk memperkasakan UMNO gagal dan apa yang kelihatan kini adalah seakan-akan kearah usaha memperkasamkan pula. Mudah-mudahan tiada siapa yang melakukan usaha untuk terus memperkosakan UMNO kerana ramai pemimpin sudah insaf dan diperingkat cawangan dan kampong juga insaf setelah pulang dari mengerjakan umrah di tanah suci Mekah Al-Mukkaramah.

Tarikh terakhir posting diblog DUN Tahan adalah 14 Julai 2010, lama dah dan mungkin juga YB tu dah hilang password untuk masuk ke dashboard diblog berkenaan. Haaah! kalau tak pun mungkin sudah yakin bahawa blog tidak akan membawa manafaat dan faedah kepada pembaca terutama kepada penulisnya.

Berikut adalah keluhan dan diikuti dengan doa penulis sepertimana diblognya;
Namun kini kami hanya mampu untuk terus berdoa dan berharap, agar akan ada kehadiran baru yang mampu bawak perubahan kepada kami semua.

Ya Allah kehadrat mu kupohonkan keampunan bagi diriku,Ibu-Bapaku dan penduduk kampungku,

Syurga mu aku tak layak,
Keneraka mu aku tak tahan,
Ampunkan aku dan seluruh kaumku dan seluruh penduduk kampungku,

Kupohonkan rahmatmu untuk kuteruskan perjalanan ini,(lantas mendongak kelangit yang tidak mengunakan kapalterbang) lalu tunduk memandangan kealiran air sungai tembeling,yang juga tidak mengunakan kereta,Dan kupohonkan selamatkanlah perjalanan kami ini yang hanya mengunakan boatttttttttt ajeeeeeeeeeeeeee.

Amin.